top of page
Modern Architecture

Kenali Kami

PEMBEKAL PERKHIDMATAN TERURUS (MSP)

Awantec Logo_subs.png

Sejak penubuhan Awantec pada tahun 2003, kami telah memacu industri teknologi Malaysia ke arah, dan melangkaui ekonomi digital baharu, melalui kecekapan dan kepakaran sedia ada.

Merangkumi penjanaan kesedaran, penerimaan dan strategi migrasi - jangkauan kami merentasi pelbagai segmen pelanggan, kementerian dan agensi, meliputi pelbagai sektor di seluruh negara.Memanfaatkan pengalaman 18 tahun kami sebagai pembekal perkhidmatan ICT terkemuka di Malaysia, yang disokong oleh perkongsian global kami, serta pekerja profesional dan tadbir urus korporat yang kukuh, kami berhasrat untuk memangkin pengalaman awan sebenar untuk sektor awam dan swasta - Bagi membolehkan rakyat Malaysia, daripada Kerajaan hingga ke perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk terus berada di hadapan dalam arus digitalisasi.

Khidmat kami meliputi sektor:

Pendidikan

Kesihatan

Tenaga dan Sumber Asli

Pertahanan

Kewangan

Pembangunan Luar Bandar

Agrikultur dan Industri Makanan

Perdagangan dan Industri

Hal Ehwal Dalam Negeri

Kerajaan Tempatan

Sumber Manusia

Keselamatan Sosial

perkhidmatan kami2.jpg

Perkhidmatan Kami 

Icons_Strategy and Change Management.png
Icons_Strategy and Change Management.png
Icons_Strategy and Change Management.png

Pengurusan Strategi dan Perubahan

Rangka kerja kami untuk pengurusan strategi dan perubahan, disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan objektif organisasi anda untuk memastikan transformasi awan yang berjaya

Icons_Cloud Expense Management and Optimisation.png

Pengurusan dan Pengoptimuman Perbelanjaan Awan

Kami membantu mengurus perbelanjaan awan serta pengoptimuman kos untuk mencapai penjimatan yang terbaik tanpa menjejaskan objektif anda.

Icons_Cloud 1st Transformation.png

Transformasi 'Cloud First'

Pengadaptasian awan ialah langkah penting dalam transformasi digital, dan Awantec boleh membawa anda ke sana dengan lebih lancar dan pantas.

Icons_Cloud Operations and Support.png

Operasi dan Sokongan Awan

Kami menyediakan meja perkhidmatan yang komprehensif dan sokongan operasi 24/7 untuk perjalanan awan anda.

Icons_Technology and Talent Development.png

Pembangunan Teknologi dan Bakat

Untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja dengan kecekapan digital untuk menggunakan sepenuhnya potensi solusi awan yang ditawarkan.

bottom of page