top of page
bg image_google product.jpg

Produk Google Cloud

Cipta perkara yang lebih baru daripada baru, menggunakan kemudahan terbaik yang pernah wujud, dengan pantas.

 

Manfaatkan infrastruktur teras, analitis data dan pembelajaran mesin Google, yang selamat dan lengkap untuk semua jenis perusahaan.

 

Imbangan terbaik antara harga serta prestasi yang ada.

​

Produk Kami

Kecerdasan Buatan & Pembelajaran Mesin

Gunakan kecerdasan buatan Google yang terbaik untuk membantu perniagaan anda berjalan dengan lebih pantas dan lancar, sambil mencari cara baharu untuk menggembirakan pelanggan anda.

Pengurusan API

Proses yang membolehkan perniagaan mempunyai kawalan ke atas dan keterlihatan penuh ke dalam API yang menghubungkan aplikasi dan data merentasi perusahaan dan pengkomputeran awan.

Chrome Enterprise

Kuasakan perniagaan anda melalui Chrome OS, pelayar dan peranti yang diperlukan bagi keperluan perniagaan anda untuk mengupayakan tenaga kerja anda dengan pengkomputeran awan.

Compute Engine

Lakukan pengiraan dengan lebih pantas, menguruskan pangkalan data dengan memori yang besar, dan bina aplikasi awan asli dengan mesin maya berskala yang menjimatkan. Sama ada anda memilih mesin maya yang sedia ada mahupun yang ditempa khas, kedua-duanya menggunakan infrastruktur Google.

Container
Registry

Generasi terkini ‘Container Registry’. Simpan, urus dan pastikan artifak binaan anda kekal selamat.

Analisis Data

Menggunakan informasi dan aplikasi data dalam masa nyata dan aplikasi data untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan memacu inovasi.

Pangkalan Data

Lihat lebih jauh ke hadapan dengan teknologi dan kepakaran yang menguasai perusahaan terbesar di dunia.

Alatan Pembangunan

Kekal produktif semasa menulis, mengatur dan menyahpepijat aplikasi yang dihoskan dalam Google Cloud.

Google Workspace

Set aplikasi bersepadu yang menawarkan kemampuan kerjasama dan produktiviti awan asli yang selamat seperti Gmail, Calendar, Meet, Chat, Drive, Docs, Sheets, Slides, Forms, Sites dan banyak lagi - dikuasakan oleh Google AI.

Google Meet

Aplikasi mesyuarat video yang mudah untuk digunakan.

Penjagaan Kesihatan dan Sains Hayat

Luaskan paradigma penjagaan, penyelidikan maju secara berskala dan perkasakan individu dalam organisasi anda untuk berinovasi dan berevolusi dengan solusi Google Cloud untuk penjagaan kesihatan dan sains hayat.

Hybrid dan Multi Cloud

Transformasi aplikasi perusahaan anda dengan Anthos, platform pemodenan aplikasi kami. Anthos bakal memberikan anda konsistensi merentas segala jenis penggunaan anda.

Internet of Things (IoT)

Perkhidmatan terurus sepenuhnya untuk menyambung, mengurus dan mencerna data dengan mudah dan selamat daripada peranti yang tersebar secara global.

Kelengkapan Pengurusan

Semua alatan yang anda perlukan untuk menyelaraskan tugas pengurusan awan, API dan aplikasi anda - lengkap dengan akses kepada semua Google API, termasuk Google Cloud’s Billing API dan solusi siap-pakai daripada pasaran awan kami.

Media dan  Permainan

Berikan pengalaman permainan berbilang pemain yang lancar dengan pengurusan berbilang kelompok yang lebih ringkas.

Migrasi

Sama ada anda perlu mengurangkan pusat data di premis atau menghilangkannya secara terus, memindahkan beban kerja sedia ada, memodenkan aplikasi anda atau bermigrasi ke sistem pengkomputeran awan yang lain - kami akan bekerjasama dengan anda bagi mencapai objektif tersebut.

Rangkaian

Alat yang memudahkan untuk mengurus dan menskalakan jaringan serta rangkaian anda.

Operasi

Pantau, menyelesaikan masalah dan tingkatkan prestasi aplikasi dalam persekitaran Google Cloud anda.

Keselamatan dan Identiti

Kami menawarkan produk keselamatan yang mampu membantu anda memenuhi dasar, peraturan dan objektif perniagaan anda. Set kawalan lengkap dan keupayaan yang kami tawarkan akan sentiasa berkembang.

Pengkomputeran Tanpa Pelayan

Pengkomputeran tanpa pelayan merupakan sejenis aplikasi yang menghapuskan segala jenis keperluan untuk pengurusan infrastruktur, serta memudahkan para pembangun.

Penyimpanan

Perkhidmatan storan berasaskan awan untuk perniagaan anda, semuanya berjalan menggunakan infrastruktur Google Cloud. Jika anda seorang pengguna yang memerlukan kemudahan perkongsian fail, Google Drive adalah pilihan terbaik anda.

bottom of page